February 14, 2015

Gold Coast Day 3 : Sea World Gold Coast, Labrador Beach, SP Beach

12 Jan 2015
Ke Sea World. Hari pertama nak masuk themepark. Seksaited. Semangat campur eksaited.

Penting. Tiket masuk themepark kena siap siap print dari Malaysia ye. Pastu nanti tunjuk printed virtual tiket tu, kena beratur kejap, amik gambar untuk dapat VIP pass. Tunjuk aja pass tu keesokan harinya, jadi tak payah beratur lama untuk masuk themepark. Solat, dalam Sea World ada surau. Makan, kami tak makan dalam Sea World cuma alas perut dengan roti yang kami bawak dan beli 2-3 batang churros. Kita layan gambar je lah ye.

VIP pass to enter 3 themeparks in consecutive days



Dora! Annya paling happy















Belah petang, kami ke Labrador Beach. Niat hati nak makan seafood kat sana. Ada blogger kata boleh makan situ aka halal. Tapi malangnya, suamiku masuk kedai dan periksa menu, ada lah terpampang benda yang tak patutnya umat Islam makan. Walaupun mungkin sudah diasingkan tapi, cara penyimpanan atau penyajian agak meragukan, kami pilih untuk tidak makan di restoran tersebut.

Kami teruskan perjalan pulang ke resort semula. Refreshkan diri memasing. Belah malam kami carik kedai halal area SP beach. Alhamdulillah, dapat jumpa kedai yang ada nasi, ayam, daging dan most important thing, yang ada pamer sijil halal. Tak ada pork, ham, atau seangkatan dengannya. Nama kedai Hungry Chicken di area SP, bersebelahan dengan kedai ice cream yogurt dan Nando's dan restoran makanan India. Ramai orang Arab makan di situ juga. Kenyang makan nasi, yeaay! Jalan jalan lagi di area SP Beach, keluar masuk kedai then pulang resort.








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...